JUS KURMA AN NISA' terhasil daripada adunan dan gabungan sumber alam yang berkualiti dari 2 bumi iaitu bumi Arab dan Melayu. Sumber alam dari bumi Arab yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa’ ialah Kurma Nabi (Ajwah), Rutob, Habbatus Sauda', Za'faran, Madu, kismis dan Buah Tiin. Manakala sumber alam dari bumi Melayu pula ialah Ekstrak Lobata,Manjakani,Serapat dan Kaclp Fatimah.
Jus Kurma An Nisa' diproses dalam bentuk pati. Penyediaan dalam bentuk pati/liquid bertujuan untuk memberi kesan yang pantas bagi membekalkan tenaga,kecergasan serta bagi tujuan penjagaan 'rahsia' seorang wanita samada 'Rahsia Dalaman atau Rahsia Luaran'.Hanya 2 sudu pagi dan 2 sudu malam, sudah cukup untuk mendapatkan rahsia yang tersirat dalam Jus Kurma An Nisa.
Sumber alam dari bumi Arab terkenal dengan kekuatan yang bersumberkan wahyu ilahi. Kurma Ajwah atau Kurrna Nabi yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa' mempunyai kekuatan sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi saw dengan sabdanya bermaksud "Barang siapa memakan 7 biji Kurma Ajwah setiap pagi maka pada hari itu ia tidak akan dimudaratkan oleh keracunan dan sihir". Tahukah anda bahawa makanan yang ada di zaman moden ini penuh dengan elemen keracunan seperti klorin, toksin dan seumpamanya?. Dan dalam dunia moden ini pula, masih ada yang mengamalkan sihir khususnya untuk ditujukan kepada wanita yang berjiwa lemah.
Kurma juga terkenal sebagai makanan yang mengandungi gula yang telah ditukar secara semulajadi,menyebabkan ia mudah diserap terus untuk kegunaan badan. Ertinya kurma dapat membekalkan tenaga segera kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya. Tentunya ia amat sesuai untuk wanita yang lemah, yang memerlukan tenaga untuk melayan kerenah anak-anak, kehendak suami dan menguruskan rumahtangga.
Dalam banyak situasi, emosi wanita sering terganggu. Maka kurma juga mengandungi kadar potasium yang tinggi. Potasium amat berguna untuk saraf. Gangguan emosi ada kaitan dengan sistem saraf. Manakala zat besi dan kalsium yang terdapat dalam buah kurrma amat bermanfaat untuk susu ibu dan pertumbuhan tulang.
Selain daripada itu, Nabi saw juga pernah bersabda dengan maksud "Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib (kismis). la menghilangkan keletihan, menguatkan urat-urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung dan mulut"." Barangsiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak 2 sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir". Dan sabdanya lagi yang bermaksud "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' kerana ia adalah ubat segala penyakit kecuali mati". (Lihat Dalam Kitab At Tib An Nabawi/Perubatan Nabi).
Buah Tiin pula Nabi saw menyifatkan dalam hadisnya bermaksud "Makanlah buah Tiin, sesungguhnya ia baik untuk mengatasi buasir dan sakit-sakit badan". Kismis,Buah Tiin,Madu,Habbatus Sauda' dan Zaafaran puIa menjadi 'booster/penambahnilai' kepada kekuatan sedia ada yang ada pada buah kurma, yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa'. Kesemuanya ini mampu membantu memberi ketenangan jiwa, emosi dan fikiran serta kesempurnaan kesihatan untuk wanita.
Dalam pada itu, Sumber alam dari bumi Melayu yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa',sememang masyhur dengan kehebatan dan rahsianya dalam menjaga dan mengekalkan 'Rahsia Dalaman dan Luaran' bagi bagi seorang wanita.
Manjakani bukan sahaja berfungsi untuk melambatkan masalah kulit kendur di bahagian badan dan muka, malah ia juga berfungsi untuk merapatkan otot vagina wanita serta sebagai petua memelihara kecantikan badan. Ekstrak Lobata mcngandungi Phytoestrogens seperti Miroestroi,Deoxymiroestrol dan Coumestans yang banyak terdapat dalam kandungan bahan-bahan untuk tujuan pembesaran dan pembentukan payudara.Ianya diperkuatkan lagi dengan Kacip Fatimah dan Serapat yang kesemuanya itu terkenal di alam Melayu dengan fungsinya untuk membantu mengatasi masalah senggugut,keputihan, melancarkan peredaran darah haid, membersih darah kotor, memulih saluran peranakan dan seumpamanya.
Pendek kata, adunan yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa' yang diambil dari 2 alam iaitu alam dunia Arab dan dunia Melayu berfungsi untuk ruhaniah dan jasmaniah wanita. Kesejahteraan ruhaniah bermaksud ketenangan jiwa dan emosi lantaran makanannya berasaskan wahyu ilahi seperti yang tersebut di dalam AI Quran dan Al Hadis. Manakala kesejahteraan jasmani pula bermaksud tubuh badan yang sihat dan cantik samada terjaga kesihatan yang menjadi Rahsia Dalaman atau terjaga keindahan tubuh yang menjadi Rahsia Luaran bagi seseorang wanita.
Tak salah dan tak rugi anda mencubanya. MusLimah Shop hanya mampu menyediakan yang terbaik untuk anda. lnsya Allah, rahsia yang terkandung di dalam Jus Kurma An Nisa' akan membantu menjaga dan mengekalkan segala rahsia yang perlu ada pada seorang wanita.
Kami memahami bahawa anda mengimpikan sesuatu untuk tubuh badan anda kerana suami anda menginginkan sesuatu dari anda.
Petikan : Harakah keluaran 3-6 Mei 2010
Oleh : Dr. Hamzah Jaaffar
Konsultan Muslimah Shop
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment