Friday, October 30, 2009

Dana Maahad Tahfiz Nikmatillah

Pengenalan Arrazi
ARRAZI MARKETING SDN BHD (seterusnya disebut sebagai ARRAZI) adalah sebuah syarikat sendirian berhad dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada dan mulai 07 haribulan Januari 2009.
ARRAZI diasaskan dan dimiliki oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat hasil dari harapannya untuk membina sebuah pusat pendidikan di kampung Pulau Melaka. Jika selama ini beliau hanya mempunyai satu cara untuk menjana dana iaitu dengan mengutip derma, kini beliau mampu tersenyum dengan peningkatan luar jangka syarikat ini. Hasratnya agar syarikat ini mampu meringankan tugasnya untuk mencari dana bagi projek pembinaan tersebut,apatah lagi di kala usianya yang semakin meningkat.ARRAZI diuruskan sepenuhnya oleh ahli keluarga Tuan Guru Nik Razi. Kini, syarikat ini sedang memperketatkan sistem pemusatan kawalan bagi membawa syarikat ini ke tahap lebih tinggi. Visi ARRAZI ialah bagi menjadi sebuah syarikat konglomerat dalam tempoh 10 tahun(insyaAllah).
Untuk tahun pertama, ARRAZI memfokuskan kepada pengeluaran produk makanan satu persatu yang mana setiap produk yang kami keluarkan telah melalui peringkat kajian terperinci oleh Bahagian Kajian dan Pembangunan bagi memastikan ianya meraih perhatian umum dalam masa yang singkat sebaik sahaja dilancarkan. Tidak hanya menjual produk, ARRAZI mewajibkan SETIAP produknya memberi manfaat yang maksima kepada pengguna. Oleh itu, anda semua tidak akan dapat melihat ARRAZI mengeluarkan lambakan produk yang sama dengan apa yang telah ada di pasaran. Jika kami melancarkan satu-satu produk, itu bermakna ada sesuatu yang berbeza tentangnya. Apa yang pasti, sebahagian besar dari produk kami akan digabungkan dengan DOA kerana kami yakin bahawa kekuatan “Doa” itu tiada tolok bandingannya dan ALLAH amat suka kepada hambaNya yang sering berdoa. Justeru “Membudayakan Doa” adalah sasaran kami.
Akhir sekali, kami benar-benar percaya bahawa untuk menjadi yang terbaik bukanlah satu pilihan tetapi satu usaha yang bergabung dengan kebijaksanaan yang sentiasa diasah serta paling penting…KELUHURAN NIAT….paling utama.
Selebihnya kami serahkan kepada pengguna untuk menilai siapa kami…Wassalam…