Saturday, May 8, 2010
Jus Kurma An Nisa' - Kenapa Setiap Wanita Perlu Menjadikannya Sebagai Teman?
Jus Kurma An Nisa' diproses dalam bentuk pati. Penyediaan dalam bentuk pati/liquid bertujuan untuk memberi kesan yang pantas bagi membekalkan tenaga,kecergasan serta bagi tujuan penjagaan 'rahsia' seorang wanita samada 'Rahsia Dalaman atau Rahsia Luaran'.Hanya 2 sudu pagi dan 2 sudu malam, sudah cukup untuk mendapatkan rahsia yang tersirat dalam Jus Kurma An Nisa.
Sumber alam dari bumi Arab terkenal dengan kekuatan yang bersumberkan wahyu ilahi. Kurma Ajwah atau Kurrna Nabi yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa' mempunyai kekuatan sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi saw dengan sabdanya bermaksud "Barang siapa memakan 7 biji Kurma Ajwah setiap pagi maka pada hari itu ia tidak akan dimudaratkan oleh keracunan dan sihir". Tahukah anda bahawa makanan yang ada di zaman moden ini penuh dengan elemen keracunan seperti klorin, toksin dan seumpamanya?. Dan dalam dunia moden ini pula, masih ada yang mengamalkan sihir khususnya untuk ditujukan kepada wanita yang berjiwa lemah.
Kurma juga terkenal sebagai makanan yang mengandungi gula yang telah ditukar secara semulajadi,menyebabkan ia mudah diserap terus untuk kegunaan badan. Ertinya kurma dapat membekalkan tenaga segera kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya. Tentunya ia amat sesuai untuk wanita yang lemah, yang memerlukan tenaga untuk melayan kerenah anak-anak, kehendak suami dan menguruskan rumahtangga.
Dalam banyak situasi, emosi wanita sering terganggu. Maka kurma juga mengandungi kadar potasium yang tinggi. Potasium amat berguna untuk saraf. Gangguan emosi ada kaitan dengan sistem saraf. Manakala zat besi dan kalsium yang terdapat dalam buah kurrma amat bermanfaat untuk susu ibu dan pertumbuhan tulang.
Selain daripada itu, Nabi saw juga pernah bersabda dengan maksud "Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib (kismis). la menghilangkan keletihan, menguatkan urat-urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung dan mulut"." Barangsiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak 2 sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir". Dan sabdanya lagi yang bermaksud "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' kerana ia adalah ubat segala penyakit kecuali mati". (Lihat Dalam Kitab At Tib An Nabawi/Perubatan Nabi).
Buah Tiin pula Nabi saw menyifatkan dalam hadisnya bermaksud "Makanlah buah Tiin, sesungguhnya ia baik untuk mengatasi buasir dan sakit-sakit badan". Kismis,Buah Tiin,Madu,Habbatus Sauda' dan Zaafaran puIa menjadi 'booster/penambahnilai' kepada kekuatan sedia ada yang ada pada buah kurma, yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa'. Kesemuanya ini mampu membantu memberi ketenangan jiwa, emosi dan fikiran serta kesempurnaan kesihatan untuk wanita.
Dalam pada itu, Sumber alam dari bumi Melayu yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa',sememang masyhur dengan kehebatan dan rahsianya dalam menjaga dan mengekalkan 'Rahsia Dalaman dan Luaran' bagi bagi seorang wanita.
Manjakani bukan sahaja berfungsi untuk melambatkan masalah kulit kendur di bahagian badan dan muka, malah ia juga berfungsi untuk merapatkan otot vagina wanita serta sebagai petua memelihara kecantikan badan. Ekstrak Lobata mcngandungi Phytoestrogens seperti Miroestroi,Deoxymiroestrol dan Coumestans yang banyak terdapat dalam kandungan bahan-bahan untuk tujuan pembesaran dan pembentukan payudara.Ianya diperkuatkan lagi dengan Kacip Fatimah dan Serapat yang kesemuanya itu terkenal di alam Melayu dengan fungsinya untuk membantu mengatasi masalah senggugut,keputihan, melancarkan peredaran darah haid, membersih darah kotor, memulih saluran peranakan dan seumpamanya.
Pendek kata, adunan yang terdapat dalam Jus Kurma An Nisa' yang diambil dari 2 alam iaitu alam dunia Arab dan dunia Melayu berfungsi untuk ruhaniah dan jasmaniah wanita. Kesejahteraan ruhaniah bermaksud ketenangan jiwa dan emosi lantaran makanannya berasaskan wahyu ilahi seperti yang tersebut di dalam AI Quran dan Al Hadis. Manakala kesejahteraan jasmani pula bermaksud tubuh badan yang sihat dan cantik samada terjaga kesihatan yang menjadi Rahsia Dalaman atau terjaga keindahan tubuh yang menjadi Rahsia Luaran bagi seseorang wanita.
Tak salah dan tak rugi anda mencubanya. MusLimah Shop hanya mampu menyediakan yang terbaik untuk anda. lnsya Allah, rahsia yang terkandung di dalam Jus Kurma An Nisa' akan membantu menjaga dan mengekalkan segala rahsia yang perlu ada pada seorang wanita.
Kami memahami bahawa anda mengimpikan sesuatu untuk tubuh badan anda kerana suami anda menginginkan sesuatu dari anda.
Petikan : Harakah keluaran 3-6 Mei 2010
Oleh : Dr. Hamzah Jaaffar
Konsultan Muslimah Shop
Thursday, May 6, 2010
Jus Kurma An-Nisa
Khasiat Lobata
Jom kita kenali apa itu Pueraria Mirifica/Lobata dan apakah kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.
Pueraria Mirifica ~ Tumbuhan ajaib kurniaan Tuhan : 1 utk 1001 khasiat Pemakanan/penggunaan produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah supplemen untuk kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh. Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda perolehi dari produk-produk lain.
Tak perlu lagi menyeksa diri dengan suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk menjadi cantik dan jelita. Bertindak dari dalam untuk menerlahkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki, dalam dan luar. Anda pasti kagum dan berpuashati dengan hasilnya.
Pueraria Mirifica, adalah satu-satunya tumbuhan Anugerah Tuhan yang boleh membantu menyeimbangkan penghasilan dan pengeluaran hormon manusia.
Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga pueraria. Dari kajian yang dijalankan oleh beberapa saintis sejak di awal abad ke 19 lagi, mendapati bahawa Pueraria Mirifica merupakan yang nombor satu jika dibandingkan dengan jenis-jenis keluarga pueraria yang lain. Manakala, keluarga pueraria yang lain langsung tidak sesuai dan tidak digalakkan. Pueraria Mirifica hanya tumbuh dan terdapat di utara Thailand .
Berbanding dengan keluarga pueraria yang lain, yang juga tumbuh di beberapa negara asia yang lain termasuk Filipina dan Indonesia . Namun ianya tidak memberi sebarang kesan yang memberangsangkan dan tidak standing dengan Pueraria Mirifica dari Thailand . Tumbuhan yang telah sekian lama wujud sejak beratus-ratus tahun ini mula mendapat tempat di pasaran global dan menjadi kegilaan kepada pengeluar untuk dikomersialkan.
Antara kebaikannya adalah .....
KULIT
- menganjalkan kulit yang kendur
- menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
- mengurangkan garis-garis halus
- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
- menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
- menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
- melembutkan kulit
- mengatasi jerawat dari dalam
- membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat muka dan badan
- mencerahkan dan mengurangkan lebam bawah mata
- melambatkan proses penuaan
KUKU
- mengatasi masalah kuku dari menjadi lemah dan rapuh
- menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat
- kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat
RAMBUT
- mengatasi masalah rambut yang lemah, tidak terurus dan tidak bermaya
- membantu mengatasi masalah rambut rapuh dan bercabang
- menggalakkan pertumbuhan rambut baru
- mengatasi masalah keguguran rambut
- melambatkan penuaan rambut dan mengawal rambut dari beruban
- menjadikan rambut lebih sihat, bersinar, beralun dan hitam berkilat
BADAN
- melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak
- membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh
- mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan
PAYUDARA DAN PUNGGUNG
- mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang
mengendur
- memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat
- membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang
terbantut
- menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara
- menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam
dengan lurah yang ketara
- mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
- mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa
membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih
tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani
pembedahan membuang ovari.
RAHIM DAN VAGINA
- mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
- mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim
- membantu mengatasi maslah keputihan dan masalah haid yang tidak
teratur
- melembapkan jalanan di dalam vagina
- membantu menghalang jangkitan pada vagina dan pundi kencing
- menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat
semulajadi
- menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj,
menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami,
keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya.
KESIHATAN
- menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido
(ketahanan)
- membantu mengatasi masalah migrain
- membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis,
sesudah menopos dan osteophorosis
- mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
- membantu mengatasi masalah yang berkaitan dengan mata seperti
katarak
- membantu mengatasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan
estrogen dalam tubuh.
Khasiat Kacip Fatimah
Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita. Antara khasiatnya,
- Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakkan sel prakanser,
- memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen,
- mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan.
- Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit.
- mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Ia juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya .
- Ia juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea .
Khasiat Manjakani
Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasiklan oleh pokok manjakani. Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria).Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil.Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan. Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid.
Antara khasiat manjakani :
- menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.dengan fungsinya yang dapat -mengeratkan hubungan suami isteri Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon,
- melancarkan darah dan memberi tenaga.
- merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran.
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
Khasiat Akar Serapat
- Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
- Membantu menegangkan payudara
- Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)
- Menguatkan otot dan sendi
Harga :
RM34.90 (SM) / RM 37.90 (SS) / $ 17.00 (Brunei/S'pore)
Isian : 280 ml
Sumber : Laman Web Muslimahshop
Monday, November 23, 2009
Tok Guru Neutraceutical Marketing
Projek Dana
Sekolah Agama Rakyat Dan Maahad Tahfiz Nikmatillah
Latarbelakang projek
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Segala puji pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam, kita bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk melancarkan syarikat Tok Guru Nutraceuticals Marketing yang telah diamanahkan untuk meneruskan misi projek yang telah diilhamkan oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh Dato' Nik Abdul Aziz.
Projek ini dilancarkan dengan matlamat untuk mengisi tabung pembangunan Maahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah yang telah ditubuhkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Mat yakni ayahanda kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini telah melalui satu proses evolusi yang memberangsangkan dan mempunyai satu wawasan yang cukup besar di masa hadapan. Sila lawati www.nikmatillah.com untuk keterangan lanjut. Disamping itu ianya juga bakal menyumbang kepada dana pembangunan sekolah-sekolah agama yang lain.
Justeru itu syarikat ini telah ditubuhkan dengan pihak sekolah menjadi pemegang saham terbesar bagi menjana ekonomi dan memastikan kesinambungan wawasan dan misi yang murni ini menjadi realiti. Tok Guru Nutraceutical Marketing yang diterajui oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh dan dibantu oleh sokongan kuat beberapa rakan-rakan niaga yang lain telah berjaya mengeluarkan beberapa siri produk makanan dan minuman kesihatan bermutu tinggi yang berteraskan islam.
Produk-produk ini telah diformulasikan dan dihasilkan dengan penuh ketelitian dan adab-adab tertentu bagi memastikan ianya adalah halal lagi suci. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri dari barisan makanan-makanan sunnah, warisan ulama terdahulu serta makanan-makanan terpilih dari segenap ceruk dunia.
Diharapkan produk-produk ini mendapat sokongan dan dokongan dari segenap lapisan masyarakat ummat Islam bagi meneruskan kesinambungan pendidikan Islam dan melahirkan lebih ramai generasi celik Al Quran.
Kami juga berharap dan berdoa agar usaha kami ini juga dapat menjana tabung utk menbantu pelajar2 cemerlang utk melanjutkan pengajian mereka ke luar negara seperti Madinah. Mesir, Jordan, Syria, Iraq, India, Pakistan dan lain2 negara yg mampu memberi mereka ilmu Allah yg Maha Luas.
Semoga kita dikurniakan oleh Allah akal Al Quran, lidah yg sentiasa mengingatiNya, hati yg sentiasa bersyukur dan tenggelam dalam lautan mahabbah, nafsu yg khauf dan roja’, juga jasad yg sabar menahan bala dan roh yg sentiasa rindu untuk berjumpa denganNya..amin.
Dengan ini kami mohon restu dan sokongan.
(Petikan dari tg4all.com)
Friday, October 30, 2009
Dana Maahad Tahfiz Nikmatillah
ARRAZI MARKETING SDN BHD (seterusnya disebut sebagai ARRAZI) adalah sebuah syarikat sendirian berhad dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada dan mulai 07 haribulan Januari 2009.
ARRAZI diasaskan dan dimiliki oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat hasil dari harapannya untuk membina sebuah pusat pendidikan di kampung Pulau Melaka. Jika selama ini beliau hanya mempunyai satu cara untuk menjana dana iaitu dengan mengutip derma, kini beliau mampu tersenyum dengan peningkatan luar jangka syarikat ini. Hasratnya agar syarikat ini mampu meringankan tugasnya untuk mencari dana bagi projek pembinaan tersebut,apatah lagi di kala usianya yang semakin meningkat.ARRAZI diuruskan sepenuhnya oleh ahli keluarga Tuan Guru Nik Razi. Kini, syarikat ini sedang memperketatkan sistem pemusatan kawalan bagi membawa syarikat ini ke tahap lebih tinggi. Visi ARRAZI ialah bagi menjadi sebuah syarikat konglomerat dalam tempoh 10 tahun(insyaAllah).
Untuk tahun pertama, ARRAZI memfokuskan kepada pengeluaran produk makanan satu persatu yang mana setiap produk yang kami keluarkan telah melalui peringkat kajian terperinci oleh Bahagian Kajian dan Pembangunan bagi memastikan ianya meraih perhatian umum dalam masa yang singkat sebaik sahaja dilancarkan. Tidak hanya menjual produk, ARRAZI mewajibkan SETIAP produknya memberi manfaat yang maksima kepada pengguna. Oleh itu, anda semua tidak akan dapat melihat ARRAZI mengeluarkan lambakan produk yang sama dengan apa yang telah ada di pasaran. Jika kami melancarkan satu-satu produk, itu bermakna ada sesuatu yang berbeza tentangnya. Apa yang pasti, sebahagian besar dari produk kami akan digabungkan dengan DOA kerana kami yakin bahawa kekuatan “Doa” itu tiada tolok bandingannya dan ALLAH amat suka kepada hambaNya yang sering berdoa. Justeru “Membudayakan Doa” adalah sasaran kami.
Akhir sekali, kami benar-benar percaya bahawa untuk menjadi yang terbaik bukanlah satu pilihan tetapi satu usaha yang bergabung dengan kebijaksanaan yang sentiasa diasah serta paling penting…KELUHURAN NIAT….paling utama.
Selebihnya kami serahkan kepada pengguna untuk menilai siapa kami…Wassalam…