Monday, November 23, 2009

Tok Guru Neutraceutical Marketing

Maahad Tahfiz Nikmatillah Pulau Melaka


Projek Dana
Sekolah Agama Rakyat Dan Maahad Tahfiz Nikmatillah

Latarbelakang projek

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Segala puji pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam, kita bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk melancarkan syarikat Tok Guru Nutraceuticals Marketing yang telah diamanahkan untuk meneruskan misi projek yang telah diilhamkan oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh Dato' Nik Abdul Aziz.

Projek ini dilancarkan dengan matlamat untuk mengisi tabung pembangunan Maahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah yang telah ditubuhkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Mat yakni ayahanda kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini telah melalui satu proses evolusi yang memberangsangkan dan mempunyai satu wawasan yang cukup besar di masa hadapan. Sila lawati www.nikmatillah.com untuk keterangan lanjut. Disamping itu ianya juga bakal menyumbang kepada dana pembangunan sekolah-sekolah agama yang lain.

Justeru itu syarikat ini telah ditubuhkan dengan pihak sekolah menjadi pemegang saham terbesar bagi menjana ekonomi dan memastikan kesinambungan wawasan dan misi yang murni ini menjadi realiti. Tok Guru Nutraceutical Marketing yang diterajui oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh dan dibantu oleh sokongan kuat beberapa rakan-rakan niaga yang lain telah berjaya mengeluarkan beberapa siri produk makanan dan minuman kesihatan bermutu tinggi yang berteraskan islam.

Produk-produk ini telah diformulasikan dan dihasilkan dengan penuh ketelitian dan adab-adab tertentu bagi memastikan ianya adalah halal lagi suci. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri dari barisan makanan-makanan sunnah, warisan ulama terdahulu serta makanan-makanan terpilih dari segenap ceruk dunia.

Diharapkan produk-produk ini mendapat sokongan dan dokongan dari segenap lapisan masyarakat ummat Islam bagi meneruskan kesinambungan pendidikan Islam dan melahirkan lebih ramai generasi celik Al Quran.
Kami juga berharap dan berdoa agar usaha kami ini juga dapat menjana tabung utk menbantu pelajar2 cemerlang utk melanjutkan pengajian mereka ke luar negara seperti Madinah. Mesir, Jordan, Syria, Iraq, India, Pakistan dan lain2 negara yg mampu memberi mereka ilmu Allah yg Maha Luas.

Semoga kita dikurniakan oleh Allah akal Al Quran, lidah yg sentiasa mengingatiNya, hati yg sentiasa bersyukur dan tenggelam dalam lautan mahabbah, nafsu yg khauf dan roja’, juga jasad yg sabar menahan bala dan roh yg sentiasa rindu untuk berjumpa denganNya..amin.



Dengan ini kami mohon restu dan sokongan.

(Petikan dari tg4all.com)

Friday, October 30, 2009

Dana Maahad Tahfiz Nikmatillah

Pengenalan Arrazi
ARRAZI MARKETING SDN BHD (seterusnya disebut sebagai ARRAZI) adalah sebuah syarikat sendirian berhad dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada dan mulai 07 haribulan Januari 2009.
ARRAZI diasaskan dan dimiliki oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat hasil dari harapannya untuk membina sebuah pusat pendidikan di kampung Pulau Melaka. Jika selama ini beliau hanya mempunyai satu cara untuk menjana dana iaitu dengan mengutip derma, kini beliau mampu tersenyum dengan peningkatan luar jangka syarikat ini. Hasratnya agar syarikat ini mampu meringankan tugasnya untuk mencari dana bagi projek pembinaan tersebut,apatah lagi di kala usianya yang semakin meningkat.ARRAZI diuruskan sepenuhnya oleh ahli keluarga Tuan Guru Nik Razi. Kini, syarikat ini sedang memperketatkan sistem pemusatan kawalan bagi membawa syarikat ini ke tahap lebih tinggi. Visi ARRAZI ialah bagi menjadi sebuah syarikat konglomerat dalam tempoh 10 tahun(insyaAllah).
Untuk tahun pertama, ARRAZI memfokuskan kepada pengeluaran produk makanan satu persatu yang mana setiap produk yang kami keluarkan telah melalui peringkat kajian terperinci oleh Bahagian Kajian dan Pembangunan bagi memastikan ianya meraih perhatian umum dalam masa yang singkat sebaik sahaja dilancarkan. Tidak hanya menjual produk, ARRAZI mewajibkan SETIAP produknya memberi manfaat yang maksima kepada pengguna. Oleh itu, anda semua tidak akan dapat melihat ARRAZI mengeluarkan lambakan produk yang sama dengan apa yang telah ada di pasaran. Jika kami melancarkan satu-satu produk, itu bermakna ada sesuatu yang berbeza tentangnya. Apa yang pasti, sebahagian besar dari produk kami akan digabungkan dengan DOA kerana kami yakin bahawa kekuatan “Doa” itu tiada tolok bandingannya dan ALLAH amat suka kepada hambaNya yang sering berdoa. Justeru “Membudayakan Doa” adalah sasaran kami.
Akhir sekali, kami benar-benar percaya bahawa untuk menjadi yang terbaik bukanlah satu pilihan tetapi satu usaha yang bergabung dengan kebijaksanaan yang sentiasa diasah serta paling penting…KELUHURAN NIAT….paling utama.
Selebihnya kami serahkan kepada pengguna untuk menilai siapa kami…Wassalam…